//My Family.
ramai nya orang balik ;
Friday, May 28, 2010 @ 12:05 PM | 2 Talk [s]
eh eh! dah cuti lah.. cuti wesak! selamat menyambut hari wesak kepada mereka yang menyambut; terasa macam pelbagai kaum sekarang; 1 malaysia lah dikatakan..

oke lah hari ni nak cerita pasal sapa yang dah balik sini! memandangkan aku memang duduk kampung bersama wan dan famili..maklong dah balik semalam.. malam tuh adik adik ku dah mengharungi maklong nak tengok facebook maklong..sampai lah mereka semua puas, dorang pergi masuk bilik maklong tengok tv..melepaskan gian dah beberapa bulan tak tengok tv..heee; kena sorok k!

pagi ni pulak, abang dan wawa ada kels tambahan kat sekolah, abang dah balik tapi wawa belum muncul lagi..agaknya masih tunggu ayah atau tak habis lagi..tak taulah yang mana satu..wawa ada kelas tambahan bahasa melayu oleh cikgu rusita..selamat belajar;


tokcik pun balik masa wan nak beli barang dapor dengan maklong tadi...tapi sekarang dah balik dah ;


aku pulak studi add math kejap..nak bahagi masa dengan buat latihan lain memandangkan ada exam lagi seminggu depan..seminggu lepas dah melepaskan aku dari sejarah bmelayu english mathematics dan pendidikan islam. sekarang nak tunggu yang lain pulak,, nani pulak dah mula exam rabu lepas sampai minggu depan jugak,, dan lepas tuu cuti 2 minggu! cuti semester pertama..hebat sekali..tapi for sure cuti ini lagi tuisyen akan dijadualkan penuh oleh mr rai yang terlalu rajin..huwaaaa;


pape pun sape sape yang cadang baru nak balik kampung walaupun cuti cuma 3 hari ni; aku dan famili ucapkan;


haha; carian yahoo;


tadi singgah GB jap; keluar pulak satu pop-window tulis GB kena hack; senget betullah! *sengeh sengeh;


kenapa orang suka balik kampung? kalau nak buat karangan senang, meh aku bagi isi;


  1. kampung memberi ketenangan; percaya tak kota merupakan tempat yang paling sibuk? pusing kanan bising pusing kiri bising pusing belakang bising pandang depan menuju ke arah bising, gagaga;
  2. banyak pakai duit; errr yekot? parents aku cakap kat pilah ni pun mahal jugak tak ada beza pun dengan seremban??
  3. kurang mendapat penyakit; hehe sebab, kat kampung banyak oksigen plus pokok.. jadi senang nak bernafas dalam dalam..fuhh sedapnya oksigen..lagi satu makanan kampung banyak pedas dari manis manis lols..fuhh lebihlebih lagi kalau orang nogori..kan kan kan? kanan kiri aku semua pokok cili..sigh!
  4. boleh senam senam round round kampung; orang kampung kenal; even agak kadang kadang menyampah dengan perhatian tu tapi okeylah dari jiran yang tak prihatin langsung ye tak?
  5. dan yang last; kat kampung kami boleh pergi ke sekolah dengan cara yang paling sihat sama ada berjalan ke sekolah atau naik basikal...tak adalah senang penyakit nak ziarah ehh? tapi kat tempat aku ni, nak pergi pilah kena naik teksi,, mahal lolz! satu kereta rm12 ke pilah..fuhh cekik darah bagi pelajar macam aku ni..sigh!

okelah tuu; berkongsi pandangan untuk karangan semua orang; lalala;


salam semua;


monolog diri; berhati hati di jalan raya

Labels: , , , ,




Older Post | Newer Post


Pegawai Bertugas;


Assalamualaikum and hai :)


mailbox

Entries NotaKaki

duludulu!




HEW HEW;