|
im burning !!
Sunday, November 28, 2010 @ 2:38 PM | 1 Talk [s]
cuaca hari ni macam tak betul je aku tengok..sekarang dengan kepanasan maksimum di kampung tengah sangat menghangatkan suasana.. dah tu boleh pulak hujan.. memang kepelikan lah sedang melanda sekarang... hujan panas.. sangat hebat, nak kata menyejukkan, tak pulak, karang aku kata panas, dah memang sah..dengar dengar gosip, hujan panas ni tak elok! jadi kalau nak main hujan, tengok masa yang sesuai oke? sekarang dah nak pukul 3 gamaknya, dan semua orang akan ke depan tv untuk tengok buzzer beat.. cerita tu seriusly nya sangat best! cerita terbaru pasal semua orang ialah non akan pergi ke tempat peperiksaan MARA isnin ni.. kat mana tak tau lah pulak.. tak tanya..wawa pulak sedang sleeping.. manakala aku mengodek godek blog ni supaya berubah dan akhirnya, jampi aku dah berjaya.. warna yang dipilih memang sengaja..sebagai intipati salah satu bukan warna kegemaran aku..HAHA ayah pulak sibuk kemas kemas, mama pulak baca news..ayah cakap pukul 5 karang pergi senaling.. so, im still waiting.. okelah, sampai sini sahaja dahulu sebab aku nak godek blog wawa pulak.. salam, Labels: celoteh jap cuti sekolah dah mula ke?
Sunday, November 21, 2010 @ 11:30 AM | 0 Talk [s]
dah cuti rupanya engkau kan, tak ada pulak kau nak kasi tau orang.. memang cuti tapi tahun depan tak ada masa der kau nak lenggang macam makcik kebaya tu..HAHA.. penah tak kau tengok buku sejak sekolah tutup? takkan, aku pun sama..HEHE. tapi, nak melawakan cerita, aku nak kasi tau aktiviti yang tak berfaedah yang dilakukan oleh semua penghuni rumah ni, tak termasuk orang orang 16 tahun ke atas.. seperti biasa, sejak televisyen bermaharajalela kat dalam rumah, semua orang lepas dendam lah.. lebih lebih lagi bila dah dapat result exam contohnya..yang tak dapat lagi tu, cuma menunggu jelah..nak buat apa lagi ye tak? dengar dengar cerita, abang juga akan menyambung legasi bersekolah di TMS..nak buat macam mana kan, TMS sangat terkenal, heh.. mama pulak baca novel di komputer, khusyuk sahaja..ayah pulak tak dapat dipastikan.. ke kuala pilah agaknya..wan pulak berada di dapor, sedangkan aku lak melepak depan komputer..surfing internet,, buku teks form5 dah dapat dan membosankan..malas nak buka..HAHA.. wawa pun dah dapat buku tahun enam, dan macam biasa tak terasa nak bukak lagi kan wawa?? sir rai pun dah mulakan tuisyen nya..dan nampaknya, tak adalah cuti cuti lagi kan, bilalah aku nak dapat rehat panjang panjang ni? kepala pusing pikir semua benda.. mama ada suruh upload video abang kem kat sekolah beliau, nampaknya kena tangguh dulu sebab aku sangat malas nak upload sekarang.. solong, salam, Labels: best story, celoteh jap, ceritaceriti lalala skodeng pakcik potong rumput ;
Friday, September 17, 2010 @ 12:55 PM | 2 Talk [s]
semalam, bersamaan tarikh 16 september, pergi ke seremban jengok jengok rumah kat sana. dan hasilnya adalah, lalang telah naik dengan tinggi. tapi sayang terlupa nak ambik gambar, tengok tengok je lalang lalang was GONE ~ bye bye lalang ; err walaubagaimanapun, aku ambik gambar rumput rumput yang telah selamat di potong dengan lawa.. ini pakcik lagi sorang..rajin dan bertungkus lumus membersihkan lalang lalang sayang ni . pandangan dari dalam rumah. kitorang skodeng je pakcik pakcik ni. sebab aku memang tak reti benda benda camni..hanya mampu melihat ;p cehh !!! pokok tu menarik minat betul lah, dari aku kecik sampai besar wujud aje pokok tu, subur semacam je.. the last one is bahagian sisi rumah.. rumah ni memang terbaik..hahaha;p thats all.. salam ; Labels: celoteh jap tok cik pengkritik terbaik ;
Saturday, August 21, 2010 @ 11:49 PM | 0 Talk [s]
hehehe ;tajuk ni dipilih sebab apa yer..sebenarnya, aku pilih tajuk ni sebab wan aku jadi chef dan tok cik jadi pengkritik. paling best, semua cadangan cara memasak semuanya datang dari tokcik. tabik lah ! yang aku tahu ada jugaklah yang tolong melainkan aku. aku tak yer.. sekarang dah nak hampir tengah malam tapi aku tak tidur lagi sebab nak update kejap blog ni. kasi tahu perkembangan famili tanpa banyak celoteh benda yang bukan bukan macam selalu.. aku nak tahu pasal gengblogger la..kenapa eh dengan encik GB?? aku login tak lepas lepas pun? wahai encik GB kenapa dengan encik GB, ada sesuatu yang berlaku pada anda ke? sementara aku sibuk meng-on9 di internet layan lagu kejap kejap, adik adik yang lain layan tv cerita cerekarama bertajuk emily, cerita awal awal dah best tapi sayang tak dapat tengok sebab aku lagi berminat nak on9..hahaha; berkemungkinan besar, esok jalan jalan pergi seremban, saja saja tengok tengok benda best best kat sana, semalam; non pergi Royal Bintang, Seremban, ambil peperiksaan ABRSM piano grade 5 practical.. aku pulak, heehhee PONTENG SEKOLAH.. fuhh..sedap sedap ! itu sahaja untuk hari ini, jumpa lagi.. jangan lupa ambil berkat bulan ramadhan yer,, salam.. Labels: alkisahnya, best story, celoteh jap, ceritaceriti, enjoy kita kita je entry ke 100 tentang laman web best untuk diterokai ;
Friday, August 6, 2010 @ 6:02 PM | 0 Talk [s]
memandangkan sekarang dah entry yang ke 100, berniat suci nak cerita pasal laman web best untuk diterokai. lebih lebih lagi laman laman ini memang selalu kami adik beradik termasuk lah mama ayah exactly !before i nak masuk ke dalam dalam lagi i nak kasi tahu secara perdana kepada rakan rakan sekalian terutama pembaca blog famili ku ini bahawa URL blog ini telah di ubah. repeated; URL blog ini telah di ubah.. sebelum ini ;
telah bertukar menjadi ;
berharap informasi ini berguna ya ! haha; sambung cerita; pasal laman web tadi..termasuk laman blog ea ! sebelum itu sukacita ingin aku katakan bahawa semua laman web yang dipaparkan tidak berkaitan dengan laman lucah dan laman yang kurang bermoral..sekian disini aku list kan; yang popular kat home sweet home ini adalah ;
Okeylah, nampaknya yang aku ingat ni sahaja..Yang lain lain kalian boleh tengok kat senarai blog yang ada kat tepi blog ni un selalu tengok..lebih lebih lagi kalau ada yang blogwalking atau sapa sapa kat shout ! for sure cepat cepat aku jengah..tetamu datang kan? mestilah suka..:-) tak lama lagi bulan puasa an? so nak cakap kat semua selamat berpuasa..:-D salam Labels: celoteh jap, ceritaceriti lalala, kenangan selamat hari bapa ;
Sunday, June 20, 2010 @ 11:10 AM | 0 Talk [s]
happy father's day ; hey hey hey! hari ni fathers day laa... takkan tak tau? errr..ehh taklah..ngee stori pada hari ini adalah mengenai hari bapa.. surat cinta untuk ayah;
ohw okelah sampai disini sahaja.. salam satu malaysia kepada ayah papa abi dad daddy..and whatever you call your fathers..thats all.. watchaaa; ngee monolog diri ; errr..nanti bila aku dah kaya raya raya raya.. akan ku beli limo bawak kampung sini..bagi buntang mata penduduk jiran ini..hahaha..(-,-)'' Labels: best story, celoteh jap, ceritaceriti, enjoy kita kita je, kami, lalala kenduri kahwin dekloy && mama rock dangdut
Monday, June 14, 2010 @ 12:34 PM | 4 Talk [s]
hai hai hai ;salam satu malaysia; ngee; mulai hari jumaat sabtu dan ahad yang lepas; ada majlis perkahwinan sepupu kami; yang dipanggil dekloy; sekarang dah kahwin dengan pasangannya; pada hari sabtu yang lepas; majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di chembong negeri sembilan; masjid tanah; lebih kurang macam tulah; kat sana bersanding; tak join tengok; cuma pergi makan sahaja; heeee kat sana ayah ada ambik satu video; jom la tengok ramai ramai; sharing is caring; olala; bagilah komen oke? lepas tu ada lagi satu kakak ni nyanyi sedap sangat; tapi sayang tak leh nak upload kat youtube sebab heavy sangat; nanti aku try letak kat blog; bila ayah dah balik nanti; oke; jadi minggu ni cuma dipenuhi dengan pergi kenduri; semalam pun baru je dapat undangan pergi kenduri lagi; wow kenyang habis lah minggu cuti ni ye tak? memenuhi undangan sahaja; jimat gula kat rumah; hahha [entah apa yang kena mengena dengan gula] sapa tahu kenapa ramai orang tak mahu jual barangang kawalan?? rugilah kalau boikot; nanti orang lain dapat untung puluh puluh anda rugi peluh peluh; ingat nak letak gambar tapi ayah tak kasi lagi gambar tu kepada tuan cerita; jadi hanya dapat dengar cerita jelah kan; macam tak best tengok blog kosong; huuu pape pun; selamat menonton mama dangdut oke; salam Labels: best story, celoteh jap, ceritaceriti, kami, kenangan ramai nya orang balik ;
Friday, May 28, 2010 @ 12:05 PM | 2 Talk [s]
eh eh! dah cuti lah.. cuti wesak! selamat menyambut hari wesak kepada mereka yang menyambut; terasa macam pelbagai kaum sekarang; 1 malaysia lah dikatakan..oke lah hari ni nak cerita pasal sapa yang dah balik sini! memandangkan aku memang duduk kampung bersama wan dan famili..maklong dah balik semalam.. malam tuh adik adik ku dah mengharungi maklong nak tengok facebook maklong..sampai lah mereka semua puas, dorang pergi masuk bilik maklong tengok tv..melepaskan gian dah beberapa bulan tak tengok tv..heee; kena sorok k! pagi ni pulak, abang dan wawa ada kels tambahan kat sekolah, abang dah balik tapi wawa belum muncul lagi..agaknya masih tunggu ayah atau tak habis lagi..tak taulah yang mana satu..wawa ada kelas tambahan bahasa melayu oleh cikgu rusita..selamat belajar; tokcik pun balik masa wan nak beli barang dapor dengan maklong tadi...tapi sekarang dah balik dah ; aku pulak studi add math kejap..nak bahagi masa dengan buat latihan lain memandangkan ada exam lagi seminggu depan..seminggu lepas dah melepaskan aku dari sejarah bmelayu english mathematics dan pendidikan islam. sekarang nak tunggu yang lain pulak,, nani pulak dah mula exam rabu lepas sampai minggu depan jugak,, dan lepas tuu cuti 2 minggu! cuti semester pertama..hebat sekali..tapi for sure cuti ini lagi tuisyen akan dijadualkan penuh oleh mr rai yang terlalu rajin..huwaaaa; pape pun sape sape yang cadang baru nak balik kampung walaupun cuti cuma 3 hari ni; aku dan famili ucapkan; haha; carian yahoo; tadi singgah GB jap; keluar pulak satu pop-window tulis GB kena hack; senget betullah! *sengeh sengeh; kenapa orang suka balik kampung? kalau nak buat karangan senang, meh aku bagi isi;
okelah tuu; berkongsi pandangan untuk karangan semua orang; lalala; salam semua; monolog diri; berhati hati di jalan raya Labels: celoteh jap, ceritaceriti, enjoy kita kita je, malas, ntah ap2 sambutan hari guru kat sekolah kami ;
Sunday, May 23, 2010 @ 10:32 AM | 0 Talk [s]
rasanya ni kali keberapa ntah aku tulis pasal hari guru sahaja; nak buat macam mana kan. guru umpama lilin..hee; bila aku tulis tajuk macam kat atas tu ia memberi maksud bukan hanya tentang aku dan nani punya sekolah tapi sekolah kami termasuklah adik beradik ( abg dan wawa ) :P kali ni agak beruntung sebab wawa dan abang ada letak gambar tapi aku dan nani tak dapat sebab memory kamera dah nak penuh; sedih;) tu gambar mereka; zaman kanak kanak yang perasan..hahaha dan sebelum balik; nani nak ambik gambar dengan budak pinky dia..sampai disini; monolog diri ; hari jumaat lepas kena tinggal dekat orang tuhh! geram..nasib baik ada penyelamat; my super-ayah-man..hehehe Labels: celoteh jap, ceritaceriti lalala, ntah ap2 beli belah di kedai buku ;
Sunday, May 16, 2010 @ 8:31 AM | 0 Talk [s]
macam pelik pulak tajuk dia. tak kisahlah.. even apa pun tajuknya aku nak cerita pasal apa dimana dan kenapa.. soalan pertama; apa benda sebenarnya aku nak ceritani..semalam lepas je aku habis pergi tuisyen family ku pergi seremban. mama nak pergi kedai buku kat MPH, jusco.. seremban..dalam kedai tu, (MPH) aku pun rayau rayau cari buku.. rayau rayau terjumpa lagi buku add math.. dah sudah! aku nak beli buku cerita..non pun pergi cari buku. tapi dia dah jumpa dulu buku melayu.. then dia ajak aku pergi cari buku bahasa inggeris pulak. terbalik dengan aku, aku tak jumpa lagi buku bahasa melayu yang dapat tarik minat aku nak beli.. then rayau lagi; abang dan wawa pun dapat beli jugak..ayah pun beli tapi buku ilmiah lahh.. baru nak after.. tapi bila dah buku ilmiah ni, susah sikit nak baca..mama macam biasa english book... so many lorr..dalam 3-4 buah gitu.. kami pergi MPH kat jusco seremban2..senarai buku yang telah dibeli; mama punya aku tak ingat tapi ada satu buku je yang aku ingat, THE BLUE DEVIL..yang lain tak tahu..ayahnya ummm aaaa...tak tahu..heee; aku beli buku twilight cinta baru & i lost my mobile at the mall.. non beli buku versus dengan diary of vimpky kid.. abang beli buku tukar sekolah lagi.. dan wawa beli buku melah melia 4.. abang sekarang dah rajin sikit baca buku..agaknya sebab mph tu tak jual komik conan macam dekat popular kot..haha; so nak taknak baik beli buku cerita kan.. abang minggu lepas ada canang 1..wawa pulak peperiksaan pertengahan tahun..aku dalam perjalanan ke exam pada 24 mei.. non pulak 31 mei..semoga berjaya menjawab pepriksaan; oh ya! mr rai ambil seorang pelajar chinese.. wow! sungguh tak percaya heee; oklah..sampai sini dahulu ; tata monolog diri; selamat hari guru kepada ayah dan mama dan semua guru guru di seluruh dunia.. semoga panjang umur dan murah rezeki..; umm sekolahku buat sambutan haru guru 20 mei ni..aku terlibat dengan pendaftaran guru guru..; Labels: best story, celoteh jap, ceritaceriti, kami, lalala, ntah ap2 kesian baby ni!
Friday, May 7, 2010 @ 3:14 PM | 0 Talk [s]
sebenarnya nak letak gambar kat sini sekali tapi kat laman web kosmo tak ada pulak, so hanya boleh cerita sahajalah.. wan beli surat khabar kosmo tadi. bila selak selak kosmo ni muka surat 10 bahagian negara, tertarik dengan tajuk berita ni, "BAYI TERAPUNG DI SUNGAI KLANG" memang kesian gila! kalau tengok gambar baby ni mesti seram. kepala baby ni dah hancur kembung macam dah masuk air. bahagian pinggang sampai kaki semua dah biru! biru macam kelabu kelabu! memang kesian gila lah! entah kenapa orang ni jahat sangat. ish ish ish... oklah! kalau dah dapat beli kosmo tu baguslah... hayatilah...:-( monolog diri ; agak agak lah. dorang tak takut ke kena makan balik anak tu bila kat akhirat nanti. bila dah habis je makan semua badan baby tuh tumbuh balik.. again again and again.. selera ke??? Labels: celoteh jap |
Pegawai Bertugas; Assalamualaikum and hai :) mailbox
duludulu!
HEW HEW;
|