|
keputusan upsr dah keluar ;DD
Thursday, November 11, 2010 @ 3:52 PM | 0 Talk [s]
sudah bersedia mendengar keputusan? marilah kita mulakan dengan basmalah ;pp oke, meneruskan cerita, tepat je pukul 1.30 pm, semua menanti nantikan keputusan abang..menunggu di sebalik pintu dengan harapan, menunggu abang tanpa mandi dahulu...dan mula terjerit jerit pabila mula melihat wajah abang di pintu pagar rumah..oke! tipu.. jujurnya,, semua diam membisu je..tunggu abang yang cakap, tapi wawa yang mulakan mukadimah ;
perbualan di editkan ; so, aku baru je dapat cerita benda ini sahaja..malam karang baru nak update betul betul sebab, aku nak tengok iljimae..8tv.. tata..salam Labels: ceritaceriti, enjoy kita kita je, kenangan happy birthday mama !
Sunday, September 5, 2010 @ 12:25 AM | 0 Talk [s]
31 ogos yang lalu merupakan hari jadi mama yang ke...err; kena kira sendiri sebab ada orang cakap kat dunia siber ni macam macam boleh jadi kalau letak maklumat betul diri, jadi maaf la yer,,ngee;p lupa nak cakap walaupun mama dilahirkan pada tarikh yang sama dengan tarikh malaysia aka tanah melayu mendapat kemerdekaan, lebih kurang la, tetapi ditegaskan bahawa, nama mama tak ada merdeka pada awal atau akhir nama yer ! kalau ramai sangat nama merdeka, susah lah hidup.. cehh;p ntah apa apa.. apa apa pun, sekolah dah mulakan cuti dan kerja rumah pun sebagai pengganti duit raya.ciss ! tapi ; ; ; ; ; ; ; ; ; ; ; cuti ni ehh bukan ! sebelum cuti ni, aku akan siapkan kerja yang best best sahaja..lagipun homework aku dua tiga kerat je, lukisan kejuruteraan ada 8lukisan, p.islam ada 2 soalan je, addmaths ada lah jugak, jadi tadahal laa.. semoga semua orang mendapat keberkatan pose ni, masa nak balik kampung jangan lupa tengok kanan kiri yer !! salam ;p notatangan ; maklong dan tokcik balik ! Labels: alkisahnya, best story, birthday, enjoy kita kita je, kenangan gambar non ambil exam piano ;
Sunday, August 29, 2010 @ 10:22 PM | 0 Talk [s]
selain itu, adalah jugak merayau kejap sebelum balik, memang 1st class la hotel ROYAL BINTANG seremban tu,.. akhir kata, jumpa lagi.. hehehe; salam; Labels: best story, ceritaceriti lalala, enjoy kita kita je, kenangan keinsafan diri [akibat menipu !]
Tuesday, August 10, 2010 @ 11:22 PM | 2 Talk [s]
ayah bawak balik coklat lagi ! wahh ! terasa air liur meleleh leleh makan coklat yang hebat tu.. maaf yer, tak dapat nak kongsi..hehe:)selain itu, sekarang semua adik adik ku dah tidur..tinggal aku je yang belum..degil tak mau masuk tidur lagi..hehehe..jangan buat macam macam yer, aku sedang singgah singgah blog orang lain yang rajin datang blog ini sahaja.. terima kasih diucapkan.. aku nak cerita satu benda ni, sebagai peringatan kita bersama..benda ni baru je berlaku kat kampung aku ni.. watak watak ; the story ;
jadi kepada semua orang tak baik tipu tipu orang lain! nanti dapat balasan yang sangat teruk ! semoga semua sedar diri ea.. hehe ini adalah motivasi sebelum bulan puasa bermula ; ngee! salam semua ; p/s ; encik encik puan puan cik cik abang abang kakak kakak adik adik dan semua pembaca, SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA ; semoga ibadah semua orang lengkap oke ! Labels: best story, ceritaceriti lalala, kenangan entry ke 100 tentang laman web best untuk diterokai ;
Friday, August 6, 2010 @ 6:02 PM | 0 Talk [s]
memandangkan sekarang dah entry yang ke 100, berniat suci nak cerita pasal laman web best untuk diterokai. lebih lebih lagi laman laman ini memang selalu kami adik beradik termasuk lah mama ayah exactly !before i nak masuk ke dalam dalam lagi i nak kasi tahu secara perdana kepada rakan rakan sekalian terutama pembaca blog famili ku ini bahawa URL blog ini telah di ubah. repeated; URL blog ini telah di ubah.. sebelum ini ;
telah bertukar menjadi ;
berharap informasi ini berguna ya ! haha; sambung cerita; pasal laman web tadi..termasuk laman blog ea ! sebelum itu sukacita ingin aku katakan bahawa semua laman web yang dipaparkan tidak berkaitan dengan laman lucah dan laman yang kurang bermoral..sekian disini aku list kan; yang popular kat home sweet home ini adalah ;
Okeylah, nampaknya yang aku ingat ni sahaja..Yang lain lain kalian boleh tengok kat senarai blog yang ada kat tepi blog ni un selalu tengok..lebih lebih lagi kalau ada yang blogwalking atau sapa sapa kat shout ! for sure cepat cepat aku jengah..tetamu datang kan? mestilah suka..:-) tak lama lagi bulan puasa an? so nak cakap kat semua selamat berpuasa..:-D salam Labels: celoteh jap, ceritaceriti lalala, kenangan ular belakang rumah yang besar !
Wednesday, August 4, 2010 @ 12:12 AM | 0 Talk [s]
ular ni aku tak dapat tengok live sebab waktu ni aku ada kat stj buat video tentang tms...jadi aku cuma dapat tengok video yang ayah ambil sahaja..ular ni agak besar,,hehe..besar lengan wawa tau !! sampai bomba datang oke! kerana terlampau besar..mula mula nya nak keluar kan sendiri tapi sebab ular tu tak dapat dikeluarkan dari batu kat belakang rumah, terpaksalah panggil encik encik bomba.. err benda ni berlaku ahad lepas..terasa rugi ! :-) semoga kalian terhibur..:D salam ; Labels: best story, kenangan, video hebat kuih putu piring dan sata memang hebat !!
Sunday, July 25, 2010 @ 12:57 AM | 0 Talk [s]
sedap tau makanan makanan yang ada kat atas ni? ayah beli ! hehhe..oh kejap; aku letak lokasi pembelian makanan diatas..makan tersebut dibeli kat PASAR MALAM kat ECONSAVE KUALA PILAH tulah.. kan setiap hari jumaat ada jualan kat sana? yang sata tu sedap ! ada rasa pedas pedas sikit..rugi la kalau tak cuba..bak kata mama dan abang, isi dia ada macam rupa otak otak sikit kan..saya prefer kepada anda semua untuk membeli dan merasa makanan yang lazat di atas tanpa ada rasa ragu.. seterusnya cerita pasal petang tadi.. itu nani yer..bersama anak buahnya..tikah..err maaf tak tau ejaan.. lokasi rumah ana.. dekat buaian..main.. nampaknya sampai disini dahulu..hehe..oke salam ! Labels: best story, kami, kenangan, sdarasepepupupapat semangat bergambar !
Tuesday, July 20, 2010 @ 11:39 PM | 0 Talk [s]
secara tetiba lepas hujan tadi semangat nak ambik gambar.. salah satunya adalah ini! oke ! cerita untuk hari ini adalah; jeng jeng jeng.. petang tadi kami balik sekolah dan dijemput oleh ayah kami...aku pulak pergi library pergi baca novel yang tak habis habis baca dari hari tu..asyik tak sempat jer..form3 pulak tadi ada kelas tambahan sampai pukul 4...then aku jalan pilah.. sekarang phone aku turut berfungsi sebagai kamera tak kekal sebab lepas ambik gambar kena letak dalam kom terus sebab tak mahu memorynya lupus.. petang tadi wawa rajin rajin ! buat homework dia..sempat capture kejap tadi..jap yer.. rajin kan?? hehehe seterusnya gambar wawa masa dekat seri menanti ada majlis PESTA PERSUKUAN ADAT.. wawa masuk melukis dan mewarna..ambik kejap gambar before dia kena lukis poster.. lepas tu aku dan abang kena halau oleh makcik penjaga pertandingan tu sebab takut ada penipuan! kejam! kami pun duduk dalam istana duduk buat macam rumah sendiri..:-) ngee! baek ! sampai disini.. salam muhibah ! Labels: best story, enjoy kita kita je, kami, kenangan video pengantin anak buah ayah kahwin aka sepupu kami ;
Wednesday, June 16, 2010 @ 3:31 PM | 0 Talk [s]
hai hai hai;kanhari tu ada cakap nak letak gambar kan; ayah belum balik lagi.. jadi pergi tengok akaun youtube ayah dan nampak ada video baru lah jugak; pengantin nya yang lelaki pakai baju biru itu ya! lokasi; rembau chembong; negeri sembilan; selamat menonton ; tapi banyaknya tarian pinggan; tengoklah yer; banyak pulak aku letak video dekat blog famili ni kan; nampaknya terpaksalah perah kepala balik nak tulis apa; salam ; Labels: kenangan, video hebat kenduri kahwin dekloy && mama rock dangdut
Monday, June 14, 2010 @ 12:34 PM | 4 Talk [s]
hai hai hai ;salam satu malaysia; ngee; mulai hari jumaat sabtu dan ahad yang lepas; ada majlis perkahwinan sepupu kami; yang dipanggil dekloy; sekarang dah kahwin dengan pasangannya; pada hari sabtu yang lepas; majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di chembong negeri sembilan; masjid tanah; lebih kurang macam tulah; kat sana bersanding; tak join tengok; cuma pergi makan sahaja; heeee kat sana ayah ada ambik satu video; jom la tengok ramai ramai; sharing is caring; olala; bagilah komen oke? lepas tu ada lagi satu kakak ni nyanyi sedap sangat; tapi sayang tak leh nak upload kat youtube sebab heavy sangat; nanti aku try letak kat blog; bila ayah dah balik nanti; oke; jadi minggu ni cuma dipenuhi dengan pergi kenduri; semalam pun baru je dapat undangan pergi kenduri lagi; wow kenyang habis lah minggu cuti ni ye tak? memenuhi undangan sahaja; jimat gula kat rumah; hahha [entah apa yang kena mengena dengan gula] sapa tahu kenapa ramai orang tak mahu jual barangang kawalan?? rugilah kalau boikot; nanti orang lain dapat untung puluh puluh anda rugi peluh peluh; ingat nak letak gambar tapi ayah tak kasi lagi gambar tu kepada tuan cerita; jadi hanya dapat dengar cerita jelah kan; macam tak best tengok blog kosong; huuu pape pun; selamat menonton mama dangdut oke; salam Labels: best story, celoteh jap, ceritaceriti, kami, kenangan hari dah hujan;
Monday, June 7, 2010 @ 11:16 PM | 2 Talk [s]
hari dah hujan lah; tau tak betapa gembiranya bila hari dah hujan?? hujan itu rahmat; hehe akhirnya hujan jugak petang tadi; sejuk je; best lah tidur petang tadi dengan diiringi mzik lantunan hujan; wah memang best; rasanya seluruh famili aku tidur time tuh; dan akhirnya aku cuma berdiam diri tidur tidur tidur walaupun ada sedikit gangguan ketika tidur; ciss! dan bila tidur pelbagai mimpi menerjah kepala; semua nya nak mengindahkan lagi tidur aku haha; terima kasih semua; lompat lompat; bila aku tengok blog ni tadi; aku terpikir satu benda; kenapa aku dah lama tak update? apa yang aku nak tulis; lagi pun ni pasal famili lah woi; oke aku terasa macam nak tulis apa yang berlaku sahajalah; parents aku kemas kemas nak siap siap balik johor; aku masih fikir macam mana nak pergi tuisyen rabu ini; nani dah habis kelas tambahan dan masih ada kelas tambahan bersama mr rai; sekolah abang masih ada kelas tambahan. wawa senang lenang duduk rumah; wahhh kau bertuah betul lah! tak pe tak pe nanti aku pulak yang senang lenang duduk rumah oke; okelah cerita hujan dah tamat; mau tidur sekarang; jumpa lagi nanti; salam Labels: alkisahnya, ceritaceriti, kenangan selamat hari jadi ayah ;
Tuesday, May 18, 2010 @ 11:47 PM | 0 Talk [s]
selamat hari jadi ayah yang ke ummm jap jap amek kalkulator ; 2010 - 1961 = ?? pada 18 May 2010... oke kenapa gambar ni jadi pilihan? tahu tak!!! ayah kami minat cerita mickey mause jugak..hehehe; mana tak tumpahnya nasi kalau tak ke kuah..hahaha ; tak tak anak borek bapak rintik ; lalala; oleh yang demikian; selamat hari jadi yang ke ?? monolog diri ; searching for present..hahaha; sharing is caring ; Labels: best story, birthday, ceritaceriti, enjoy kita kita je, kami, kenangan tiada tajuk;
Wednesday, April 28, 2010 @ 6:24 PM | 0 Talk [s]
entry untuk hari ini ialah bercampur campur sampai tak tahu nak tulis tajuk apa.. stori pertama mengenai TT.. hari ni semasa balik gan TT nak tau apa dia cakap kat bapak dia?"ee apasal ayah bawak kereta ni, tak payahlah bawak kereta ni." pemberitahuan kepada TT, hello TT?? you ingat kami tak pernah naik honda civic ke? mymaklong pun ada ahh! ingat aku kesah? uhh tolonglahh!! takat kereta honda civic tapi yang naik ko dengan bapak ko jer aku tak heran lah..pleaseee! uhh nyampah!moral of the story tolonglah jangan berlagak dengan apa yang kau ada. second aku belum nak pernah hairan lagi dengan apa yang kau try nak tunjuk tunjuk depan aku!!cerita kedua, pagi tadi aku mendapat hadiah sempena hari minggu bahasa, setelah 4tahun bertapa di sekolah uhh aku menang pulak kuiz bahasa inggeris pulak tuh. aduihh dah la tak sangka.. aku boleh tak dengar nama aku kena panggil. tengah borak borak dengan nadz time tuhh.. last nye member member aku laung laung nama aku "nuran nuran pergi naiklah" aku dengan muka selenge aku terkejut pastu tanya " hah? apa yang aku dah buat" memang memalukan betul.. kena tegur lagi dengan dak laki bomba kelas aku. aiseyh!segan sangat. huwaaa~~ nasib baik buku ring dia lawaa..hahaha;-) cerita ketiga; wawa dan abang balik lambat hari ni; koko abes pukul 5 tapi mereka sampai dah nak pukul 5.45pm. wahh jauhh sungguh rumah ni dari sekolah. ke mereka sesat balik rumah? entah apa apa; wawa dipaksa cikgunya membersihkan kelas supaya esok takpayah kemas. wahh bijak; tu sumer wawa yang cakap. cerita keempat; exam mid year akan diadakan pada 18 may hingga 29 may 2010. alkisahnya.. cerita kelima; ada surat datang hari ni; 3 surat mama 1 surat tok ayah; 2 dari tulisan rasanya macam dari kak faezah.. kepada mama...1 dari UTHM kepada mama juga..dan surat ayah dari maybank kard..huwaaa; oklah sampai disini ; salam ; Labels: alkisahnya, best story, ceritaceriti lalala, kenangan i must tell u!
Saturday, April 10, 2010 @ 11:47 PM | 0 Talk [s]
semuanya kerna arwah guruku.. walaupun beliau tak pernah ngajar aku.. tapi aku rasa patut bagitahu walaupun agak lambat kerna aku perlu ikut giliran guna komputer ni..haha lagipun banyak homework nak buat..ok ok ok! kita sambung cerita..cikgu azizan bin samsu ambia telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu yang lepas kalau tak silap.. kerna menghadapi komplikasi jantung.. itulah yang ditulis pada laman web sekolah aku..al-fatihah...rumah beliau kat kampung kubang gajah..tahu tak kat mana? dekat je dengan jambatan.. oh yaa..abang sekarang sangat aktif dengan aktiviti bola takraw nya..entah sejak bila aku pun tak tahu..pagi tadi aku dan ayah serta nani pergi library kuala pilah..meminjam buku! nak jugak guna kad baru renewed ni (padahal dari awal bulan 3 dah renewed baru nak guna)..kasihan betul! tak kisah lah pokok pangkal nya aku dah pun merasmikan kad keahlian tu secara sah..haha macam nikah pulak?! masa sibuk sibuk dah nak balik tu aku ternampak buku latihan lukisan kejuruteraan.. aduh! buku dah limit nak pinjam..takpelah buku yang baru beli aritu tak berbuat lagi..sabar sabar! aku tengah terpikir macam nak tukar background blog ni..cuma taksempat je lagi... akan diusahakan..warna apa pulak aku nak guna ni? aku rasa dah ngantuk dan perlukan tidur..salam; p/s; agk agk sapelah yang akan menang malam ni??n9 atau kedah?? Labels: alkisahnya, kenangan selamat hari lahir ;
Sunday, April 4, 2010 @ 12:22 AM | 0 Talk [s]
happy birthday! selamat hari jadi kepada abang yang ke 12 tahun! Labels: best story, birthday, kami, kenangan maulidur rasul di sk yamtuan lenggang ;
Tuesday, March 16, 2010 @ 11:38 AM | 0 Talk [s]
abang dan wawa wawa and friends abang and friend abang and friends abang and friends juzaili , bestfriend abang maulidur rasul kawan-kawan abang wawa abang dan tarmizi Labels: ceritaceriti lalala, kenangan gambar gambar di Port Dickson ;
@ 11:21 AM | 0 Talk [s]
Labels: best story, ceritaceriti lalala, kami, kenangan kisah port dickson
Saturday, March 6, 2010 @ 11:18 PM | 0 Talk [s]
baru last week pergi port dickson. bersama keluarga tersayang. ahaha..ngikut sekolah kebangsaan talang. bersempena hari keluarga serta hari persaraan seorang guru di sekolah mama ku. act mamaku ngajar sana. sbenarnya byk story but.. esok esok ak cerita..mau out da..t kt cc ak cer..salam; Labels: alkisahnya, kenangan gambar - gambar lorr!
Sunday, January 17, 2010 @ 1:31 PM | 0 Talk [s]
sblm ak upload gmbr2 uhh ak na promote dlu page bru blog ni ; hehehe ; tgk2 la yer ; ak cpat xpuas aty psal rupa ini ; hehe ;oky la mari lihat2 gmbr2 trbaru kami ! hny segelintir je yerr ; anda hny leyh tgk aje yer ; && komen dialu-alukn ~ ; salam ; terima kasih ;; |
Pegawai Bertugas; Assalamualaikum and hai :) mailbox
duludulu!
HEW HEW;
|