//My Family.
mozilla firefox 4.0 beta 7, memang terbaik!!
Thursday, December 2, 2010 @ 1:24 PM | 3 Talk [s]


pakcik google ;p




Andai kita diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, apa yang kalian buat?
Surely, cuba!!

So, dengan muka tak malunya aku pergi godek alamat mozilla firefox dan terjumpalah mozilla firefox 4.0 beta 7..

Jadi komen aku tentang encikFirefox ini adalah,
HEY! U'RE GREATS!

Jadi, dengan ini, aku mempengaruhi semua orang untuk mencuba, eh kejap, aku bukan orang yag last tahu kan pasal ni? Sedih pulak kalau aku orang last tahu..

Harap semua orang nak cuba benda ni. Bukan selalu dapat buat kan? So long, tata

salam sayang,

Labels: ,


komputer kena serang dengan security tool aka malware ; ouh sengal !!
Friday, November 12, 2010 @ 12:27 AM | 17 Talk [s]
raining time ;


tadi hujan turun renyai renyai memberi kehebatan rasa untuk mengalami tidur yang enak di tengahari time, sayangnya, aku tak dapat nak menyelami keindahan itu akibat daripada komputer yang diserang malware oleh encik security tool..pfff!!

menggelabah lah kejap aku takut komputer ni terpaksa dihantar lagi ke rumah sakit dan perlukan rawatan yang berjuta juta sen..dan semestinya, my mom yang keluar duit lagi..NOWAY!! benda tersebut takkan terjadi bukan?

tanpa buang masa aku pun google mencari jalan penyelesaian..banyak nye jalan penyelesaian yang aku jumpa?? gelabah lagi ;DD

akhirnya, youtube jugak yang tolong..terima kasih kepada err..dah lupa ;p

tengok kena install malwarebytes anti-malware..tak dapat pulak..last nya restart masuk safe mode with networking..

sampai lah siap..dapat lah update pasal keputusan abang dalam blog bukan??

cik muda kedua ;DDD

oke, saja kasi semak blog ni dengan gambar candid dia..takkan nak kasi kosong entry ni berhabuk dengan huruf huruf jekan? so aku semakkan dengan muka beliau ni.. kasi ruang banyak sikit..hahaaha

oh yer, sabtu ni, aku akan ke kelantan dan terengganu..nobiggie ;D

semalam, rabu, sekolah tms buat hari kecergasan, menarilah kejap dekat padang lenggang lenggok kat padang,, diucapkan syabas kepada pengetua !!

oke la, no more time to story more..

jadi bai bai sajala ya..heee;P

salam.

Labels:


keputusan upsr dah keluar ;DD
Thursday, November 11, 2010 @ 3:52 PM | 0 Talk [s]
nyummy xD

sudah bersedia mendengar keputusan? marilah kita mulakan dengan basmalah ;pp

oke, meneruskan cerita,

tepat je pukul 1.30 pm, semua menanti nantikan keputusan abang..menunggu di sebalik pintu dengan harapan, menunggu abang tanpa mandi dahulu...dan mula terjerit jerit pabila mula melihat wajah abang di pintu pagar rumah..oke! tipu..

jujurnya,, semua diam membisu je..tunggu abang yang cakap, tapi wawa yang mulakan mukadimah ;

wawa ; kak emi !! 11 orang yang dapat 5A's UPSR..semuanya perempuan
non ; hah?
aku ; semua perempuan? abis abang kau dapat berapa?
wawa ; abang dapat 4A 1B..
abang ; b, bi..
non ; okelah tu, still boleh dapat sbp

perbualan di editkan ;

so, aku baru je dapat cerita benda ini sahaja..malam karang baru nak update betul betul sebab, aku nak tengok iljimae..8tv..

tata..salam

Labels: , ,


mari kita raikan kemenangan !
Saturday, September 11, 2010 @ 11:18 PM | 0 Talk [s]
bosan ta?

aku bosan, tiap tiap kali mesti na tulis straight to the point, bukan aku ni suka belit belit tapi tak bestlah terus pergi ke destinasi, hehe ;p

sebenarnya aku lambat ucap ni, sifat malas memang wujud kat dalam diri aku ni, susah nak kasi bebas, jadi terpaksalah aku cakap sekarang je yer,

selamat hari raya, maaf zahir, dan batin !!

tapi lupa nak cakap, kalau kenal aku ni, meh datanglah rumah, nanti aku sediakan kuih muih yang wan aku buat, hehehe

aku nak buat mukadimah tentang apa dan dimana kami telah bertapa dan beraya dan mendapat habuan, di bawah adalah tarikh dan isi kandungan ;p

hari pertama raya, bersamaan 10 september 2010 ;

pagi itu bangun,
lalu ke tandas dan mandi,
wancik seremban datang, main main dengan raffiq dan amni,
lepas tu haris, sarah pulak datang
pukul 2.30pm,
siap siap nak pergi rumah wan senaling,
lepas tu pergi rumah paklang,
last pergi rumah encik nizam kalau tak silap.


hari kedua ! 11 september 2010

agak terbaik sebab pakcik aniq datang, as known as pakcik kenit, nasib lah kau pakcik kecik, kau suka.. main lawan lawan dengan aniq, lupa nak gembar gembur, tok cu datang dengan whole family, pakcik ketiga kami tu dah kawin dah, comel lah jugak makcik itu..;p

oke ! aku dah tak tahan ! mercun ni boleh buat aku naik gila tau tak? aku tau lah raya tapi jangan lah sampai nak mengganggu ketenteraman awam, cisss ! nasib baik aku tak bom kan je budak tu..

oke sampai di sini, aku nak main facebook pulak ;p

tata

titi

tutu

salam ;p

p/s; selamat hari rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!

Labels: , ,


ramai betul minat kat non ;p
Sunday, September 5, 2010 @ 12:58 AM | 0 Talk [s]
hahaha;p

kenapa aku cakap macam tu?

sebab aku tengok kat nuffnang, apa yang dorang cari dari blog famili ni, so aku pun usha usha tengok satu satu..
dan aku melihat orang taip alamat ni

nuran hanani.blogspot.com

non ada blog rasanya, dia kata ada, jadi kalau korang nak tau, tanya lah tuan punya badan,takpe takpe, nanti kalau aku dah jumpa atau terjumpa blog dia, aku promote kat sini, oke ?

Labels: ,


happy birthday mama !
@ 12:25 AM | 0 Talk [s]

31 ogos yang lalu merupakan hari jadi mama yang ke...err; kena kira sendiri sebab ada orang cakap kat dunia siber ni macam macam boleh jadi kalau letak maklumat betul diri, jadi maaf la yer,,ngee;p

lupa nak cakap

walaupun mama dilahirkan pada tarikh yang sama dengan tarikh malaysia aka tanah melayu mendapat kemerdekaan, lebih kurang la, tetapi ditegaskan bahawa, nama mama tak ada merdeka pada awal atau akhir nama yer !

kalau ramai sangat nama merdeka, susah lah hidup..

cehh;p ntah apa apa..

apa apa pun, sekolah dah mulakan cuti dan kerja rumah pun sebagai pengganti duit raya.ciss !



tapi

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

;

cuti ni

ehh bukan !

sebelum cuti ni, aku akan siapkan kerja yang best best sahaja..lagipun homework aku dua tiga kerat je, lukisan kejuruteraan ada 8lukisan, p.islam ada 2 soalan je, addmaths ada lah jugak, jadi tadahal laa..

semoga semua orang mendapat keberkatan pose ni, masa nak balik kampung jangan lupa tengok kanan kiri yer !!

salam ;p

notatangan ; maklong dan tokcik balik !

Labels: , , , ,


gambar non ambil exam piano ;
Sunday, August 29, 2010 @ 10:22 PM | 0 Talk [s]
gambar poster exam tu ;

semasa balik ;

on the way keluar ;
seperti yang anda semua lihat, itulah gambar gambar yang telah di ambil.. gambar ni semua ambil masa nak balik sebab masa tu je berkesempatan nak tengok tengok.

selain itu,

adalah jugak merayau kejap sebelum balik, memang 1st class la hotel ROYAL BINTANG seremban tu,..

akhir kata, jumpa lagi..

hehehe;

salam;

Labels: , , ,


cuti sekolah dah nak dekat laa;
Tuesday, August 24, 2010 @ 11:25 PM | 0 Talk [s]
tak sabar nak tunggu cuti..start counting...sangat cepat masa tik tok tik tok ya..lepas ni cuti seminggu sebelum raya !

asyik cakap pasal raya je an? puasa belum tentu penuh lagi, sekarang ni dah nak dekat tarikh yang ditunggu iaitu hari Merdeka, oh ya! asyik teringat benda lain terlupa tak lama lagi hari kebangsaan tu.

tarikh 31 ogos itu juga merupakan tarikh lahir mama ! jadi nampaknya, kita kena menghitung hari lagi, how much time left? kena kira lah, malas pulak nak pergi usha usha kelaendar kat hujung sana.

tetapi,

bila cuti dah nak dekat ni, bermakna juga homework akan di beri oleh guru guru tanda ingatan tulus ikhlas dari mereka, supaya, pelajarpelajar mereka tidak alpa, haha;p tapi sayang nya aku tercadang tamau terima homework laa..

sekolah aku akan kehilangan lagi seorang guru, guru bahasa inggeris aku, dia dapat naik pangkat, kerja kat ppd lepas ni,

TAHNIAH ! TAhNIAH ! TAHNIAH !

sapa lah pengganti cikgu bi aku yer, still waiting...berharap bukan puan TETTT!

tadi tengok cerita THE VAMPIRES DIARIES, sedap cap ibu kakilah ! takpayah cerita, memang best ! jangan cakap sahaja, tengoklah sekali,,

setiap hari selasa, 9.30 pm sehingga 10.30, 8TV,

okelah, sampai sini sahaja dahulu, salam ;p

Labels: , ,


tok cik pengkritik terbaik ;
Saturday, August 21, 2010 @ 11:49 PM | 0 Talk [s]
hehehe ;

tajuk ni dipilih sebab apa yer..sebenarnya, aku pilih tajuk ni sebab wan aku jadi chef dan tok cik jadi pengkritik. paling best, semua cadangan cara memasak semuanya datang dari tokcik. tabik lah !

yang aku tahu ada jugaklah yang tolong melainkan aku. aku tak yer..

sekarang dah nak hampir tengah malam tapi aku tak tidur lagi sebab nak update kejap blog ni. kasi tahu perkembangan famili tanpa banyak celoteh benda yang bukan bukan macam selalu..

aku nak tahu pasal gengblogger la..kenapa eh dengan encik GB?? aku login tak lepas lepas pun? wahai encik GB kenapa dengan encik GB, ada sesuatu yang berlaku pada anda ke?

sementara aku sibuk meng-on9 di internet layan lagu kejap kejap, adik adik yang lain layan tv cerita cerekarama bertajuk emily, cerita awal awal dah best tapi sayang tak dapat tengok sebab aku lagi berminat nak on9..hahaha;

berkemungkinan besar, esok jalan jalan pergi seremban, saja saja tengok tengok benda best best kat sana,

semalam;

non pergi Royal Bintang, Seremban, ambil peperiksaan ABRSM piano grade 5 practical..

aku pulak, heehhee

PONTENG SEKOLAH..

fuhh..sedap sedap !

itu sahaja untuk hari ini, jumpa lagi..

jangan lupa ambil berkat bulan ramadhan yer,,

salam..

Labels: , , , ,


semangat bergambar !
Tuesday, July 20, 2010 @ 11:39 PM | 0 Talk [s]

secara tetiba lepas hujan tadi semangat nak ambik gambar.. salah satunya adalah ini!

oke !

cerita untuk hari ini adalah;

jeng jeng jeng..

petang tadi kami balik sekolah dan dijemput oleh ayah kami...aku pulak pergi library pergi baca novel yang tak habis habis baca dari hari tu..asyik tak sempat jer..form3 pulak tadi ada kelas tambahan sampai pukul 4...then aku jalan pilah..

sekarang phone aku turut berfungsi sebagai kamera tak kekal sebab lepas ambik gambar kena letak dalam kom terus sebab tak mahu memorynya lupus..

petang tadi wawa rajin rajin !

buat homework dia..sempat capture kejap tadi..jap yer..










rajin kan?? hehehe

seterusnya gambar wawa masa dekat seri menanti ada majlis PESTA PERSUKUAN ADAT..

wawa masuk melukis dan mewarna..ambik kejap gambar before dia kena lukis poster..


lepas tu aku dan abang kena halau oleh makcik penjaga pertandingan tu sebab takut ada penipuan! kejam!
kami pun duduk dalam istana duduk buat macam rumah sendiri..:-) ngee!

baek ! sampai disini..

salam muhibah !

Labels: , , ,


selamat hari bapa ;
Sunday, June 20, 2010 @ 11:10 AM | 0 Talk [s]
happy father's day ;

hey hey hey!
hari ni fathers day laa...
takkan tak tau?
errr..ehh taklah..ngee
stori pada hari ini adalah mengenai hari bapa..

surat cinta untuk ayah;

dear ayah, selamat hari bapa yang ke- errr 16?? haha [tak tau la pulak]..anyway, happy father's day.. semoga panjang umur and dimurahkan rezeki..[kalau lagi murah rezeki lagi best!] dapat makan sedap sedap nanti..ngee;

ohw okelah sampai disini sahaja..

salam satu malaysia kepada ayah papa abi dad daddy..and whatever you call your fathers..thats all..

watchaaa; ngee

monolog diri ; errr..nanti bila aku dah kaya raya raya raya.. akan ku beli limo bawak kampung sini..bagi buntang mata penduduk jiran ini..hahaha..(-,-)''

Labels: , , , , ,


ramai nya orang balik ;
Friday, May 28, 2010 @ 12:05 PM | 2 Talk [s]
eh eh! dah cuti lah.. cuti wesak! selamat menyambut hari wesak kepada mereka yang menyambut; terasa macam pelbagai kaum sekarang; 1 malaysia lah dikatakan..

oke lah hari ni nak cerita pasal sapa yang dah balik sini! memandangkan aku memang duduk kampung bersama wan dan famili..maklong dah balik semalam.. malam tuh adik adik ku dah mengharungi maklong nak tengok facebook maklong..sampai lah mereka semua puas, dorang pergi masuk bilik maklong tengok tv..melepaskan gian dah beberapa bulan tak tengok tv..heee; kena sorok k!

pagi ni pulak, abang dan wawa ada kels tambahan kat sekolah, abang dah balik tapi wawa belum muncul lagi..agaknya masih tunggu ayah atau tak habis lagi..tak taulah yang mana satu..wawa ada kelas tambahan bahasa melayu oleh cikgu rusita..selamat belajar;


tokcik pun balik masa wan nak beli barang dapor dengan maklong tadi...tapi sekarang dah balik dah ;


aku pulak studi add math kejap..nak bahagi masa dengan buat latihan lain memandangkan ada exam lagi seminggu depan..seminggu lepas dah melepaskan aku dari sejarah bmelayu english mathematics dan pendidikan islam. sekarang nak tunggu yang lain pulak,, nani pulak dah mula exam rabu lepas sampai minggu depan jugak,, dan lepas tuu cuti 2 minggu! cuti semester pertama..hebat sekali..tapi for sure cuti ini lagi tuisyen akan dijadualkan penuh oleh mr rai yang terlalu rajin..huwaaaa;


pape pun sape sape yang cadang baru nak balik kampung walaupun cuti cuma 3 hari ni; aku dan famili ucapkan;


haha; carian yahoo;


tadi singgah GB jap; keluar pulak satu pop-window tulis GB kena hack; senget betullah! *sengeh sengeh;


kenapa orang suka balik kampung? kalau nak buat karangan senang, meh aku bagi isi;


  1. kampung memberi ketenangan; percaya tak kota merupakan tempat yang paling sibuk? pusing kanan bising pusing kiri bising pusing belakang bising pandang depan menuju ke arah bising, gagaga;
  2. banyak pakai duit; errr yekot? parents aku cakap kat pilah ni pun mahal jugak tak ada beza pun dengan seremban??
  3. kurang mendapat penyakit; hehe sebab, kat kampung banyak oksigen plus pokok.. jadi senang nak bernafas dalam dalam..fuhh sedapnya oksigen..lagi satu makanan kampung banyak pedas dari manis manis lols..fuhh lebihlebih lagi kalau orang nogori..kan kan kan? kanan kiri aku semua pokok cili..sigh!
  4. boleh senam senam round round kampung; orang kampung kenal; even agak kadang kadang menyampah dengan perhatian tu tapi okeylah dari jiran yang tak prihatin langsung ye tak?
  5. dan yang last; kat kampung kami boleh pergi ke sekolah dengan cara yang paling sihat sama ada berjalan ke sekolah atau naik basikal...tak adalah senang penyakit nak ziarah ehh? tapi kat tempat aku ni, nak pergi pilah kena naik teksi,, mahal lolz! satu kereta rm12 ke pilah..fuhh cekik darah bagi pelajar macam aku ni..sigh!

okelah tuu; berkongsi pandangan untuk karangan semua orang; lalala;


salam semua;


monolog diri; berhati hati di jalan raya

Labels: , , , ,


selamat hari jadi ayah ;
Tuesday, May 18, 2010 @ 11:47 PM | 0 Talk [s]

selamat hari jadi ayah yang ke ummm jap jap amek kalkulator ; 2010 - 1961 = ?? pada 18 May 2010...

oke kenapa gambar ni jadi pilihan? tahu tak!!! ayah kami minat cerita mickey mause jugak..hehehe; mana tak tumpahnya nasi kalau tak ke kuah..hahaha ; tak tak anak borek bapak rintik ; lalala;

oleh yang demikian; selamat hari jadi yang ke ??

monolog diri ; searching for present..hahaha; sharing is caring ;

Labels: , , , , ,


salah tafsir ;
Wednesday, May 5, 2010 @ 12:10 AM | 0 Talk [s]
Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai sampel kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

“Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2.”

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu.

Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

“Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??”

Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK…

monolog diri: nape lah kat sekolah menengah dah jarang buat eksperimen? sekolah rendah dulu selalu sangat buat. agaknya sebab tulah ramai pelajar susah nak faham sebab asyik belajar teori ; hmmm -(

Labels:




Older Post


Pegawai Bertugas;


Assalamualaikum and hai :)


mailbox

Entries NotaKaki

duludulu!




HEW HEW;